INTRODUCTION
PENGENALAN
Kebolehan sesebuah syarikat untuk terus belajar menjadi semakin penting di abad ke-21. Sesungguhnya , untuk terus menjadi pemimpin dalam industri yang diceburi, syarikat anda memerlukam warga kerja turut serta dalam mencipta daya saing , memahami arah tuju dan memberi sokongan kepada dasar-dasar dan program-program baru syarikat. Untuk mengurangkan kelekaan dan merangsang warga kerja untuk memiliki daya saing yang tinggi , mereka harus diterapkan dengan nilai-nilai kerjasama kumpulan dan sikap kerja positif..
Sekiranya organisasi anda mahukan warga kerja mencapai keputusan dengan konsisten , warga kerja harus di sedarkan betapa pentingnya kerkasama kumpulan , dan kuasa yang ada pada berbagai jabatan untuk mencapai keputusan yang cemerlang . Kursus ini akan mendedahkan warga kerja untuk memahami perubahan yang yang bakal mereka harus lakukan dan apa kah usaha baru yang mereka perlu ambil untuk memperbaiki prestasi diri dan jabatan secara berterusan.
Pemahaman tentang proses-proses membina pasukan dan teknik-teknik motivasi sudah pasti akan meneguhkan lagi peluang warga kerja untuk bekerjasama menghadapi cabaran-cabaran baru yang lebih mudah dan berkesan